mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar
bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah,
tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak,Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Merah: Semangat waja
Putih : Tanda kesucian
Kuning : warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Biru : tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
- 1) lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
- 2) 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.
- 3) 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
SYAIR TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
Tersebutlah kisah seorang putera, Tunku Abdul Rahman diberi nama; Dikasihi semua rakyat jelata, Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati, Perjuangannya tidak pernah terhenti; Disambung oleh pemimpin terkini, Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira, Rela berkorban harta dan nyawa; Demi kerana negara tercinta, Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London, Untuk bincangkan tentang kemerdekaan; Penat dan lelah tidak dihiraukan, Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan, Disambut penuh dengan kegembiraan; Ribuan rakyat ceria bersorakkan, Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara, Rakyat menyambut laungan membara-bara; Demi kerana negara merdeka, Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah, Penuh dengan penat dan lelah; Walaupun tiada pertumpahan darah, Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu, Pertahankan negara tanpa jemu; Rakyat aman sudahlah tentu, Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang, Menceroboh masuk terus meradang; Tunku memikir merasa bimbang, Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman, Dengan Chin Peng membuat keputusan; Komunis berundur dengan aman, Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita, Ingin berkuasa merebut tahta; Kekejaman Jepun rakyat sengsara, Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan, Jepun mengganas tanpa kemanusiaan; Asalkan hati penuh kepuasan, Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban, Mempertahankan negara habis-habisan; Nyawa di badan jadi taruhan, Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris, Jepun terus bermuka bengis; Berlawan mereka terus menerus, Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman, Perjuanganmu menjadi kenangan; Kau gugur dalam kemenangan, Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur, Hiroshima dan Nagasaki bom digugur; Sudah terlambat Jepun nak sedar, Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira, Pertahankan negara ke hujung nyawa; Rakyat juga amat berbangga, Kerana jasamu rakyat terbela. Tungku memerintah penuh berhati, Rakyat hidup bersatu hati; Ke mana pergi Tunku dihormati, Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan, Memerdekakan negara demi keamanan; Agar generasi turut pertahankan, Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Rha NS 31 Ogos 2011
Wednesday, August 19, 2015
RIANG RIA MERDEKA
Lari dan berlari..
Kanak-kanak berlari mengejar rakan
Riang bermain di senja hari
Membawa senjata palsu melawan musuh
Kononnya berperang menuntut merdeka
Adakah mereka kenal erti merdeka?
Sorak dan tawa..
Mereka gembira menawan musuh
Mendapat bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat bertepuk tangan
Mengibar bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya mengalahkan musuh
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas
Mentari melabuhkan tirainya
Malam menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan malam membangkitkan suasana
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi
Adik-adikku..
Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik bermain perang menentang musuh
Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..
Wahai adik-adikku..
Hayatilah erti kemerdekaan
Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau akan faham
Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkan
Mengapa tugu negara dibina
Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang
Kibarkanlah jalur gemilang
Tabikla perwira-perwira negara
Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan
Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu.
keceriaan kanak kanak akan menceriakan dunia
Pengisytiharan
Malam Merdeka
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada30 Ogos1957pukul 12.00 tengah malam diPadang Kelab Selangor,Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan benderaUnion Jackbagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri olehTunku Abdul Rahman.
Upacara Pengisytiharan
Pada 31 Ogos1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.
Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.
Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.
Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan SultanJohor, SultanPerak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang(berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.
Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.
Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain atas pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pemasyhuran Kemerdekaan".
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dimana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus satu das.
Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikuti pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan
Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu Elizabeth II ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinangdan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.