CIRI- CIRI BENDERA MALAYSIA
- mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar
- bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah,
- tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak,Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
- Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
- Merah : Semangat waja
- Putih : Tanda kesucian
- Kuning : warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
- Biru : tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
- 1) lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
- 2) 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.
- 3) 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
No comments:
Post a Comment